21 November 2010

Amalan Mohon Rezeki Dan Kekayaan

Supaya Diberi Rezeki Dan Harta Yang Banyak
Bacalah Surah Al-Humazah sebanyak-banyaknya setiap selesai sembahyang sunat. Dengan izin Allah jika sering mengamalkannya Allah akan melapangkan rezeki dan diberi harta yang banyak.

Supaya Diluaskan Rezeki
Bacalah Surah Al-Qadar sebanyak 36 Kali pada air yang suci lantas disiram-siramkan pada kain yang baru. Setelah kain itu dipakai, maka dengan izin Allah diberi keluasan dalam soal rezeki selama kain itu masih tetap dipakai.

Supaya Dimudahkan Memperolehi Segala Keperluan
Mengamalkan membaca Surah Al-Insyirah setiap selesai sembahyang fardhu, insyallah dengan izin Allah dimudahkan dalam segala urusan yang diperlukan dan dimudahkan rezekinya.

Ayat Seribu Dinar

Menurut para ulama, terdapat banyak fadhilat yang akan diperolehi apabila mengamalkan Ayat Seribu Dinar..Ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tiga fadhilat utama Ayat Seribu Dinar ini yang telah saya perolehi daripada beberapa sumber :-

1. Beroleh Rezeki Tanpa Disangka-Sangka
Akan beroleh jaminan rezeki daripada Allah bahkan memperolehi rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikirkan/dijangkakan.

2. Melenyapkan Segala Bentuk Kesusahan
Sebagaimana yang disebut oleh Ar-Rabi' Bin Khaitham berkata : "Allah menjadikan jalan keluar baginya". Maksudnya ialah jalan keluar atau penyelesaian dari segala sesuatu yang menyusahkan dan menyempitkan hidup dan perasaan manusia.

3. Dijauhkan Dari Keraguan Dan Kesusahan Maut
Dijauhkan dari keraguan-keraguan ketika di dunia serta terhindar dari kesusahan ketika menghadapi maut.

Jadikanlah membaca Ayat Seribu Dinar ini sebagai amalan dan wirid dan semoga kita semua mendapat keredhaanNya..Amin..

14 November 2010

Memaafkan Dengan Penuh Keikhlasan

Salam Sejahtera,

Saya amat berminat dengan pernyataan 'Memaafkan Agar Dimaafkan' kerana bukan semudah melafazkannya. Mulut kata memaafkan, tapi hati menafikannya. Masih lagi ada unsur-unsur sakit hati atau dendam..Tapi sampai bila?
Sebenarnya ramai yang tidak tahu perasaan memaafkan itu sangat luar biasa sehingga boleh menyembuhkan penyakit "SAKIT HATI"..Persoalannya, megapa sukar memaafkan berbanding minta maaf?
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang satu peristiwa yang saya alami sendiri mengenai kemaafan. Saya telah berselisih faham dengan seseorang yang paling saya rapat sehingga saya sukar memberikan kemaafan padanya. Hari berganti hari dan sehingga berbulan lamanya, hati ini masih sukar melupakan perbuatannya itu. Setiap hari apabila berselisih dengannya, saya berpura-pura telah melupakan kesalahannya dan melemparkan senyuman, padahal dalam hati masih tersimpan sekelumit kemarahan. Maksudnya saya belum ikhlas memaafkannya. Suatu hari saya terjumpa satu artikel mengenai memaafkan agar dimaafkan. Setelah membacanya, artikel itu sungguh menusuk di kalbu. Terasa betapa kerdilnya diri ini dan besarnya ego sendiri. Saya ambilnya dari azzariyat.blogspot.com dan saya ambil sedikit kenyataan dalam artikel tersebut.
Artikel tersebut lebih kurang begini...: Cuba kita bayangkan kasih sayang Allah terhadap umat manusia. jika seorang itu berbuat dosa, kemudian bertaubat, dan buat dosa lagi, bertaubat lagi, Allah masih dan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat. Alangkah beruntungnya orang itu.”

Ya, saya mengaku betapa sukarnya untuk memberikan kemaafan. Tapi bagaimana dengan Allah SWT? Dia Yang Maha Besar.. “Kenapakah kita rasa diri kita besar?? Kitakah yang berikan dia rezeki? Kitakah yang berikan dia hidayah? Kitakah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kita layak untuk tidak memaafkan?” Aduh,terasa egonya diri ini...

“Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar- besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.”

“Amat kecilnya kesalahan manusia sesama manusia berbanding dosa antara manusia dengan yang Maha Esa. APAKAH KITA PUNYA UNTUK TIDAK MEMAAFKANNYA?? “

“Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.”

“Maafkan dosa sesama kita, insan yang hina ini, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya nanti. Allah Maha Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.”

Ingin segera rasanya diri ini memaafkan, agar segera dosa-dosa kita diampunkan Allah. Ya Tuhan, …egonya aku selama ini. Menyimpan sifat “ketuhanan” dalam diri yang begitu hina dan serba kekurangan ini. Ya Allah, semoga Kau mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini yang bertimbun-timbun ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga apa yang saya paparkan ini menjadi pengajaran buat kita semua agar kita belajar memaafkan orang dengan penuh keikhlasan...Terima kasih tuan punya blog..kerana dengan adanya artikel tersebut saya merasa tenang sekali setelah mempraktikannya. Sungguh tidak disangka bahawa memaafkan orang dengan penuh keikhlasan dapat meringankan segala beban yang terpendam di hati selama ini dan menerbitkan perasaan yang luar biasa..senyum selalu :)


11 November 2010

Cuti-Cuti Sabah

Hi semua, hehehe..i'm back setelah bercuti Deepavali. Seronok betul bercuti bersama keluarga besar (besar2, hehehe) di Mesilau, kundasang. Cuma ada beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan sebab hujan.

05 November 2010
Bertolak dari Putatan menuju ke Zuraini Homestay, Mesilau. Perjalanan sangat lancar sebab time gini tak banyak lori besar yang melambatkan perjalanan.. Sampai di Mesilau jam 12.30 tengahari. Penat dan sangat lapar...Tiada aktiviti sehinggalah ke malam.. lapar..lapar...hujan...makan..makan...tidur..tidur...zzzzzzz

06 November 2010
Jogging..hahaha...biar betul.."bikin kasi besar paha"..fuh, sejuk dan nyaman udara di Mesilau ni..macam mau tinggal sini terus...harap2 dapat beli tanah di sini..0.5 ekar pun syukurla..hehehe..angan-angan setinggi gunung kinabalu...
Aktiviti seterusnya, jeng..jeng..jeng...yang ditunggu-tunggu sejak dari dulu iaitu "Ikan Gigit Kaki Orang"..bukan piranha ya..sebenarnya kami pergi di Tagal Sg. Moroli, Kampung Luanti..kat sana banyak ikan yang jinak-jinak, besar-besar..aktiviti 'fish massage'..ada rasa ngilu sikit dan geli apabila ikan-ikan tersebut mula gigit kaki..
Selepas kaki digigit ikan, perut pun mula berdisko minta diisi. So, singgah jap Pekan Ranau cari makan...uh..makan lagi...
Pada Jam 3.40 petang, kami bertolak pula pi Dairy Farm..fuiyoo..best giler..sejuk, nyaman dan pemandangan yang sangat indah..Macam kat New Zealand ja..hehehe..paling suka dapat minum susu segar(yang sejuk, RM2.00 je)..ada perisa coklat lagi. Dapat tengok macamana susu lembu diproses. Comel2 pula lembu tu.hehehe..
Jam 5.00 petang, cari air terjun kat Mesilau. Mak aiiii...punya sejuk..jangan kan mandi, nak rendam kaki pun sudah menggigil satu badan..tapi, hentam sajala..dapat juga berendam sampai ke lutut saja...hehehe..
Aktiviti waktu malam tak best sangat. Kat rumah je sebab hujan lebat..fuiyooo sejuk beb...

07 November 2010
Bangun tidur jam 7.30 pagi..nyenyak tidur sebab sejuk... Pi jogging panjat bukit sambil nak kutip sayur (diberikan secara percuma)..hehehe..punyala penat..lutut bagaikan nak tercabut..kah..kah..kah..padan muka..ni pun gara-gara nak tunjuk eksyen kat depan cousin2...
Aktiviti tak banyak dapat dibuat sebab masa untuk check out sangat singkat..tup tap tup tap..dah jam 12.30..sebelum balik kk, singgah jap p beli sayur2..fresh semuanya..puas hati oooo..good bye Mesilau..nanti i datang lagi yer..tungggguuuuu...
jam 4.30 sampai rumah (putatan)...akhirnya..syukur alhamdulillah..lepas mandi dan buat keja, terus tidur..Zzzzzzzzz
(lupa nak gitau, kepala lutut sakit bagai nak rak- time nak tidur)

02 November 2010

Pesanan Penaja

(image hasil carian google ^_~)

Salam Sayang Semua,

ini adalah hasil tulisan aku yg pertama, apa sahaja yang tertulis disini adalah hasil nukilan persendirian berhad, komen mahupun pandangan tentang apa yg ditulis, amat dihargai..


salam sayang,

zana..^_^