14 November 2010

Memaafkan Dengan Penuh Keikhlasan

Salam Sejahtera,

Saya amat berminat dengan pernyataan 'Memaafkan Agar Dimaafkan' kerana bukan semudah melafazkannya. Mulut kata memaafkan, tapi hati menafikannya. Masih lagi ada unsur-unsur sakit hati atau dendam..Tapi sampai bila?
Sebenarnya ramai yang tidak tahu perasaan memaafkan itu sangat luar biasa sehingga boleh menyembuhkan penyakit "SAKIT HATI"..Persoalannya, megapa sukar memaafkan berbanding minta maaf?
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang satu peristiwa yang saya alami sendiri mengenai kemaafan. Saya telah berselisih faham dengan seseorang yang paling saya rapat sehingga saya sukar memberikan kemaafan padanya. Hari berganti hari dan sehingga berbulan lamanya, hati ini masih sukar melupakan perbuatannya itu. Setiap hari apabila berselisih dengannya, saya berpura-pura telah melupakan kesalahannya dan melemparkan senyuman, padahal dalam hati masih tersimpan sekelumit kemarahan. Maksudnya saya belum ikhlas memaafkannya. Suatu hari saya terjumpa satu artikel mengenai memaafkan agar dimaafkan. Setelah membacanya, artikel itu sungguh menusuk di kalbu. Terasa betapa kerdilnya diri ini dan besarnya ego sendiri. Saya ambilnya dari azzariyat.blogspot.com dan saya ambil sedikit kenyataan dalam artikel tersebut.
Artikel tersebut lebih kurang begini...: Cuba kita bayangkan kasih sayang Allah terhadap umat manusia. jika seorang itu berbuat dosa, kemudian bertaubat, dan buat dosa lagi, bertaubat lagi, Allah masih dan sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk tidak bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat. Alangkah beruntungnya orang itu.”

Ya, saya mengaku betapa sukarnya untuk memberikan kemaafan. Tapi bagaimana dengan Allah SWT? Dia Yang Maha Besar.. “Kenapakah kita rasa diri kita besar?? Kitakah yang berikan dia rezeki? Kitakah yang berikan dia hidayah? Kitakah yang sembuhkan dia daripada sakit demamnya? Allah yang berikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan, adakah kita layak untuk tidak memaafkan?” Aduh,terasa egonya diri ini...

“Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar- besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunan-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.”

“Amat kecilnya kesalahan manusia sesama manusia berbanding dosa antara manusia dengan yang Maha Esa. APAKAH KITA PUNYA UNTUK TIDAK MEMAAFKANNYA?? “

“Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepada-Nya, zat yang Maha Mulia.”

“Maafkan dosa sesama kita, insan yang hina ini, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilan-Nya nanti. Allah Maha Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. MAAFKANLAH AGAR DIMAAFKAN.”

Ingin segera rasanya diri ini memaafkan, agar segera dosa-dosa kita diampunkan Allah. Ya Tuhan, …egonya aku selama ini. Menyimpan sifat “ketuhanan” dalam diri yang begitu hina dan serba kekurangan ini. Ya Allah, semoga Kau mengampunkan dosa-dosa hambaMu ini yang bertimbun-timbun ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga apa yang saya paparkan ini menjadi pengajaran buat kita semua agar kita belajar memaafkan orang dengan penuh keikhlasan...Terima kasih tuan punya blog..kerana dengan adanya artikel tersebut saya merasa tenang sekali setelah mempraktikannya. Sungguh tidak disangka bahawa memaafkan orang dengan penuh keikhlasan dapat meringankan segala beban yang terpendam di hati selama ini dan menerbitkan perasaan yang luar biasa..senyum selalu :)


3 comments:

.. said...

nak minta maaf sama, andai kata ada yg tersalah kata dan laku..harap2 dimaafkan..^_^..muah!

Anonymous said...

Salam Aidladha

Ya, saya juga pernah merasai perasaan serupa. Mulut melafazkan kemaafan tetapi hati masih menyimpan.

Tidak salah kerana kita ini insan yang diciptakan bersama kekurangan. Jika setiap kali hati berdesis mengenang kisah lalu, sila ulangi kata maaf di dalam hati.Insya-Allah, kita akan benar-benar memaafkan dia.

Saya berkongsi pengalaman. Salam perkenalan. Saya follow sekali kerana kita sama-sama baru di dalam maya ini. ^_^

ooooooooo said...

http://baikiminda.blogspot.com/2010/01/perlunya-memaafkan-kesalahan-orang-lain.html